“Dia Naif, Tolonglah Tutup Aib Kami” – Ibu Zuher Menangis-Nangis Minta Maaf [VIDEO]

Ibu kepada remaja lelaki yang bercumbu dengan anak perempuan Nora Ariffin turut tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Rayu wanita yang dikenali sebagai Maya itu agar netizen memahami situasi Zuher dan berhenti menghukum keluarganya.

“Mungkin ramai yang tak mengenali saya tapi berdasarkan video yang viral baru-baru ini mungkin ramai yang mengenali Zuher.

“Saya sebagai seorang ibu telah berikan penuh didikan, kasih sayang, tunjuk ajar pada dia. Tak kurang juga ilmu agama dan memenuhi keperluan dia sebagai seorang anak.

“Di sini saya nak mohon maaf atas kesilapan anak saya. Saya nak mohon maaf kepada keluarga belah perempuan yang sama-sama malu atas perbuatan ini,” katanya.

 

Maya yang difahamkan bertugas sebagai seorang pendidik memohon netizen untuk menghentikan penyebaran video bercumbu anaknya itu.

“Saya memohon kepada netizen dan warga Internet supaya mengambil iktibar atas apa yang berlaku.

 

Memohon empati terhadap nasib keluarganya, Maya turut merayu netizen untuk tidak campur tangan dalam urusan keluarganya dan berharap perkara sedemikian tidak akan berulang lagi.

“Kepada ibu-ibu di luar sana mungkin apa yang berlaku ini menjadi pengajaran kepada kita semua untuk lebih memberi perhatian kepada anak kita.

“Kita buat yang terbaik untuk mereka supaya perkara begini tidak berulang lagi.

“Kepada Nora sekeluarga saya mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya minta maaf kerana tak muncul sehingga hari ini, saya baru dapat kekuatan dan bersedia hadapi semua orang.

“Jadi saya harap kepada netizen semua hentikan video itu, ini hal dalaman keluarga bagi kami yang selesaikan.

“Hal ini tak terjadi kepada kalian, kalian boleh kecam komen macam-macam. Tapi kalau jadi pada keluarga kalian baru tahu apa yang kami rasa.

“Jadi saya minta tolong sangat jauh daripada hati saya, tolonglah tutup aib saya,” getusnya.

Sebelum ini tular sepotong video memaparkan aksi bercumbu Zuher dan anak gadis Nora Ariffin, Putri Nor Dahlia di media sosial.

“Tapi sebagai seorang manusia kita tak lari daripada melakukan kesilapan. Dia naif, pelajar lagi, dia remaja yang lupa apa yang dia buat itu memberikan impak dan kesan yang sebesar ini…”

 

Saya minta maaf Nora

“Kepada Nora sekeluarga saya mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya minta maaf kerana tak muncul sehingga hari ini, saya baru dapat kekuatan dan bersedia hadapi semua orang…”

“Di sini saya nak mohon maaf atas kesilapan anak saya. Saya nak mohon maaf kepada keluarga belah perempuan yang sama-sama malu atas perbuatan ini…”

sumber: Gempak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker