Covid-19 : 14 kes baru hari ini
Sebanyak 14 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini berbanding 4 pesakit sembuh.
Ini menjadikan 9,083 daripada keseluruhan 9,374 pesakit Covid-19 sudah sembuh setakat ini.
Tiada kematian dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhannya kekal 128 kematian.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 4 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan 3 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya, 163 pesakit Covid-19 masih dirawat di seluruh negara. FMT
You must be logged in to post a comment.