Syed ‘Patah Arang’, Kini Jawab Mahathir!

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir Mohamad susulan kritikan bekas perdana menteri berhubung hasratnya menubuhkan parti baru untuk orang muda.

Syed Saddiq berkata, beliau menerima kritikan itu dengan hati terbuka, walaupun kritikan berkenaan dilontarkan oleh pemimpin yang disanjungnya sewaktu berada dalam PPBM.

“Kami terima kritikan dengan hati yang terbuka. Parti ini adalah parti yang akan diketuai oleh orang muda untuk seluruh rakyat Malaysia.

“Majoriti yang akan memimpin adalah golongan teknokrat, profesional, usahawan, petani model, pemimpin masyarakat sivil dan lain-lain. Kami mungkin muda, tetapi kami sayangkan Malaysia,” katanya di Twitter, hari ini.

Terdahulu Mahathir berkata, beliau tidak yakin parti baru berasaskan orang muda ditubuhkan Syed Saddiq itu akan berjaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, walaupun tidak dinafikan Malaysia adalah sebuah negara demokrasi, namun usaha mendapatkan sokongan orang muda sahaja tidak memadai memandangkan terdapat pelbagai peringkat usia dalam sesebuah Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.

Menurut Mahathir, beliau mempunyai hubungan baik dengan Syed Saddiq dan tidak ada masalah untuk bekerjasama jika matlamat parti yang ditubuhkan bekas menteri itu adalah untuk menghapuskan rasuah.

Syed Saddiq sebelum ini berkata, beliau tidak akan menyertai Pejuang yang ditubuhkan oleh Mahathir kerana mahu memperkasakan golongan muda dan mempromosikan Malaysia yang lebih berbilang kaum.

Katanya, beliau juga berhasrat mahu menamatkan politik wang dan memecahkan status quo politik serta memberi lebih banyak suara kepada golongan muda.

Syed Saddiq adalah ketua Pemuda PPBM dan menteri belia dan sukan sehingga pergolakan dalaman PPBM menyebabkan beliau keluar parti itu bersama-sama Mahathir dan beberapa ahli Parlimen parti itu yang lain.

Related Articles

8 Comments

  1. Org muda pandai pun tiba2 boleh jadi bangang.. Tiba2 pecut lari lompat pagau!! Mata ada cacing..hanya lihat yang muda..ko ingat yang tuo tak ada..ko boleh ado?? Malaysia wujud dengan tiba2?? Bongok!!

    1. “… Mahathir berkata, beliau tidak yakin parti baru berasaskan orang muda ditubuhkan Syed Saddiq itu akan berjaya dalam pilihan raya umum akan datang.

      Beliau berkata, walaupun tidak dinafikan Malaysia adalah sebuah negara demokrasi, namun usaha mendapatkan sokongan orang muda sahaja tidak memadai memandangkan terdapat pelbagai peringkat usia dalam sesebuah Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen….”

      Ayat ni blh menampakan kebodohan sndiri sbb? Sblm ni kata parti anwar liberal bkn parti bela melayu & parti utk smua kaum.. Tpi kmu xsedar ke sesebuah Dewan Undangan Negeri atau Parlimen ade pelbagai kaum dlm nya? Kmu blh berjaya ke jika hanya melayu sahaja yg pilih kmu? Klu smua melayu pilih kmu mgkin kmu menang tpi persoalannya smua melayu suka kmu ke? Fikir2kan & jgn slalu sgt main dgn kata2..

    2. Beri peluang kpd golongan muda utk berpolitik secara betul, berperincip dan bermaruah. Masa depan negara di bawa golongan muda yg berilmu dan beriman dpt bezakan yg mana baik dan buruk. Politik skrg ini dah byk melakukan kerosakan kpd negara. Pemuda2 dlm parti skrg ni lebih kearah membodek otai2 politik demi kepentingan diri dan kedudukan serta pangkat bukan kerana agama dan negara.

  2. Orang muda perlu pengalaman macam orang tua untuk memerintah. Org tua perlu org muda yg bertenaga untuk jalankan tugas dan strategi. Tiada org tua tiada irg muda, begiti juga sebaliknya

  3. Setiap pejuangan bermula dgn langkah pertama. Walau pun saya warga emas, saya rasa SS membuat satu keputusan yg berani dan keluar drp batas tradisional. Benar, partinya tidak akan menang dlm pilihan rasa PRU 15 ini tetapi ia satu permulaan yg baik dan betul utk menimba pengalaman…Generasi “baby boomers” akan pupus sedikit masa lagi…jadi generasi pelapis kena bersedia ambil alih. Yang penting kita mahu ujudkan sebuah negara bukan saja maju tetapi bermaruah dan bebas elemen2 rasuah, penindasan, diskriminasi, menerima konsep masyarakat majmuk, harmonis dan berdaya saing diperingkat global…Skrg ini banyak dah bukti negara2 maju dipimpin oleh orang muda begitu juga disyarikat perniagaan MNC yg CEO dan BOD nya dari kalangan anak2 muda…Zaman dan berubah…begitu jugalah cara memimpin dan pentabiran…Semoga SS dan anak2 muda yg lain mendapat rahmat yg maha esa utk menerajui negara tercinta ini… InsyaAllah… Aamiin.

  4. Ingat! Orang muda dgn darah mudah bergolak dan emosi mentah tak kemana tanpa golongan muda yg dah dah byk makan garam. Sepatutnya carilah parti yg sesuai dgn perjuangan dan jadilah golongan muda pendesak parti tersebut. Itu lebih bermakna, tak perlu berlawan dgn golongan veteran.

    1. KJ yg lama dlm umno pun masih Belum cukup matang utk tadbir urus parti…. buktinya tengok apa yg keluar dari mulutnya ttg DSNR … semua org mndoakn kejayaan utk DSNR…tetapi yg keluar dari mulut KJ ialah najib DAH BERSALAH…. semua org tahu keputusan mahkamah tsb tetapi rakyat masih mndoakn kejayaan DSNR…nampak tak kegopohannya sbg org muda….. wallahualam.

      1. Syabas syed …kalau tidak mula dari sekarang bila masa kita akan jadi matang . Kena mula dari awal..Jangan ada hasad dengki dalam membangunkan negara..jadi lah kita orang muda hingga ketua nanti seorang berakhlak dan disenangi rakyat. Gabungkan semua cerdik pandai bina negara kita yang kita cintai. Tunjukan pada dunia malaysia di tadbir dengan tenaga orang2 muda yang berkarisma tinggi.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker