Pengusaha bengkel mengaku tidak bersalah rogol remaja 14 tahun

Seorang pengusaha bengkel mengaku tidak bersalah di atas tuduhan merogol seorang gadis berusia 14 tahun dalam kejadian yang berlaku pada 6 Mac lalu.
Tertuduh, Mohammad Fauzi Mohd Noor, 20, membuat pengakuan tersebut selepas jurubahasa membacakan pertuduhan ke atasnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Azman Abu Hassan pada Rabu.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Lengkok Dua Sungai Petani Height, Sungai Petani sekitar pukul 8.30 malam pada 6 Mac lalu.
Susulan itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah seksyen yang sama.
Hakim, Azman Abu Hassan, kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa PDRM, Asisten Superitenden Fakzuri Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam.- Awani

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker