Sejak kecil dimanjakan, kini gajah dewasa ini mahu penjaganya mendodoikan bayi angkatnya pula untuk masa tidur siang. Comel! [ VIDEO ]

 

Seperti ramai yang sedia maklum, gajah merupakan salah-satu haiwan yang paling bijak di dunia ini. Walaupun mempunyai tubuh badan yang besar, namun haiwan ini turut dikurniakan dengan akal fikiran yang luar biasa.

Dan bagi gajah yang sudah biasa dengan belaian manusia, seperti anak kecil, mereka juga sering mengidamkannya.

Mungkin, itulah dilalui oleh seekor gajah yang dijaga di Taman Semulajadi Gajah yang bertempat di Chiang Mai, Thailand apabila gajah tersebut ‘menculik’ penjaganya, Lek Chailert, yang sedang sibuk membawa pelancong di sekitar taman.

Tetapi apakah tujuan ‘penculikan’ ini?

elephantnews/YouTube

Jawapannya pasti akan membuatkan anda tersenyum. Gajah tersebut, yang bernama Faa Mai, dengan nakal telah mengganggu sesi fotografi Lek Chailert bersama dua orang pelancong dan membimbing Lek Chailert menuju ke suatu tempat.

elephantnews/YouTube

Tanpa disangka-sangka, rupa-rupanya Faa Mai membawa penjaga kesayangannya itu menuju ke Thong Ae, iaitu seekor bayi gajah yang menjadi anak angkat Faa Mai sejak kecil lagi. Sebaik sahaja melihat Thong Ae, tahulah Lek Chailert bahawa Faa Mai mahukan Lek Chailert menyanyikan lagu untuk menidurkan Thong Ae.

Amboi, lagaknya seperti bayi manusia pula!

elephantnews/YouTube

Menurut perkongsian laman Peekme, sewaktu Faa Mai masih kecil, Lek Chailert turut melakukan perkara yang sama kepada gajah itu untuk menidurkannya. Dan kini, Faa Mai mahu penjaga kesayangannya itu melakukan perkara yang sama kepada bayi kesayangannya itu.

Dengan perlahan, Lek Chailertpun duduk mengambil tempat sambil membelai dan menyanyikan lagu tidur untuk gajah kesayangannya itu tidur. Alahai, manja betul!

Tonton bagaimana Faa Mai membawa Lek Chailert menuju bayi kesayangannya untuk sesi dodoi sebelum tidur di sini:

[KGVID]https://mykmu.net/wp-content/uploads/2020/09/Faamai-wants-Lek-to-sing-a-lullaby-to-baby-elephant-Thong-Ae.mp4[/KGVID]

EraBaru

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker