Bayar Ganti Rugi Hanya Dengan Coklat, Kesian Pada Pemilik Kereta Ini
Siapa yang tidak terkejut, kecewa dan marah apabila kereta yang ditinggalkan di tempat letak kereta dilanggar?
Lebih membuat hati luluh kerana pelaku melarikan diri dan tidak mahu bertanggungjawab.
Terbaharu, sebuah video tular di media sosial oleh pengguna Twitter @rempitlogic menunjukkan kereta seorang wanita telah dilanggar ketika dia membeli barang di pasaraya.
Wanita itu menemui sekeping nota bersama dua coklat Hershey’s diletakkan di cermin hadapan keretanya.
Ternyata, nota yang diletakkan bersama dengan dua keping coklat itu adalah nota minta maaf ditujukan kepada wanita tersebut gara-gara keretanya telah dilanggar dan coklat itu pula merupakan ‘ganti rugi’ berikutan pelakunya tidak mampu membayar kerosakan pada kereta tersebut.
Wanita itu menyangka kerosakkan pada keretanya tidak begitu serius kerana dibayar dengan coklat tetapi keadaan keretanya yang kemek teruk di bahagian sisi membuatkan beliau terkejut.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan para netizen memahami perasaan wanita itu dan juga berasa terhibur dengan tindakan si pelaku. Malah, ada juga yang berasa marah dengan tindakan pelaku. Vocket
You must be logged in to post a comment.