Najib nafi tidak pernah bersuara isu pekebun durian

Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beliau tidak pernah bersuara mengenai isu 111 pekebun durian yang meneroka tanah kerajaan negeri secara haram di sekitar Raub, Pahang.

Malah Najib menegaskan bahawa beliau adalah antara yang terawal membangkitkan atau menyentuh soal tanah kebun berkenaan.

Menurutnya, selepas perkara itu dibangkitkan, beliau dimaklumkan oleh Menteri Besar Pahang, bahawa isu itu dalam perhatian dan sedang diteliti.

“Ada yang tuduh saya tak sentuh isu tanah ladang durian di Raub. Sebenarnya, saya antara paling awal memberi pendapat tentang isu ini.



“Bagaimanapun, saya diberitahu bahawa Menteri Besar Pahang sedang meneliti isu ini. Sebab itu, kita beri ruang yang sepatutnya kepada mereka untuk menjalankan tugas,” katanya di Facebook miliknya hari ini.

Najib mengulas tuduhan yang dilempar kepadanya, konon beliau tidak menyentuh langsung isu tanah ladang durian yang diusaha pekebun terbabit secara tidak sah.

Terdahulu, seramai 111 pekebun durian musang king di Raub mendapatkan perintah penggantungan sementara terhadap notis pengosongan tanah kebun dan pajakan di beberapa lokasi di sekitar daerah Raub.

Peguam Siew Choon Jern yang mewakili semua pekebun terbabit berkata, keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Zainal Azman Ab Aziz selepas mendengar hujahan daripada pemohon dan wakil responden berhubung tuntutan tersebut.



Menurutnya, mahkamah tiada bantahan dan membenarkan penggantungan notis yang dikeluarkan responden sehingga tarikh pendengaran semula permohonan dijadualkan pada 28 Oktober depan. Sinar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker