KREATIF: Tarik pelanggan dengan kostum SPIDERMAN, pemuda ini guna cara ini untuk tarik pelanggan membeli PETAI

Untuk menarik perhatian pelanggan semestinya bukan suatu perkara yang mudah. Walaupun produk yang dijual merupakan produk kesukaan ramai, namun untuk bersaing dengan peniaga lain memerlukan satu idea yang luar biasa bagi menarik perhatian pelanggan.

Seperti peniaga petai yang berasal dari Kampung Slim, Perak ini, Selvakumar K Tharmalingam, nampaknya telah berusaha untuk menarik perhatian pelanggannya, dengan hanya sekali pandang!

Cara yang digunakannya adalah sangat luar biasa, iaitu dengan menggayakan kostum adiwira terkenal, Spiderman, ketika berniaga petai di kaki jalan.

spiderman_petai/Instagram

Menurut pemuda berusia 22 tahun ini yang sedang menuntut dalam bidang perniagaan ini, dia mula berniaga petai dengan cara ini selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan diumumkan.

Tambahnya lagi, perniagaan petai ini sebenarnya adalah perniagaan datuknya dan dia telah memutuskan untuk mengambil alih perniagaan ini, dengan sedikit pengubahsuaian dari segi pemasaran produknya.

 

spiderman_petai/Instagram

Selain berniaga petai di kaki jalan, Selvakumar turut membuka laman Instagram dengan nama @spiderman_petai agar lebih ramai pelanggan yang berpotensi dapat mengetahui tentang perniagaannya di Perak ini.

Nampaknya, idea anak muda ini memang lain dari yang lain dan semestinya berjaya menarik perhatian ramai pelanggan. Tahniah dan semoga maju jaya diucapkan!

EraBaru

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker