PRK : PH kekal rekod bersih tanpa kalah selepas jadi pembangkang
1. BN menang dengan jumlah undi 13,060 – lebih besar daripada gabungan undi BN dan PAS pada PRU14
2. Dari segi peratus, BN berjaya menguasai 84.37% undi dalam PRK kali ini. Pada PRU14, peratusan undi bagi gabungan BN dan PAS adalah 67%.
3. BN menang di kesemua 13 Pusat Daerah Mengundi (PDM)
4. BN berjaya memenangi 61.28% (660 undi) di PDM Sungai Slim Utara. PDM ini amat signifikan kerana lebih 60% pengundinya adalah daripada kaum Cina. Pada PRU14, BN hanya berjaya memenangi 17.9% undi di PDM ini
5. Bagi PDM Ladang Sungkai yang memiliki 83.56% pengundi India, BN berjaya memperoleh 68.3% (157 undi). Peratusan ini jauh lebih tinggi berbanding gabungan peratusan yang diperoleh PAS dan UMNO pada PRU14 iaitu sebanyak 29.7%
6. Ini bermakna bukan sahaja Melayu, tetapi rakyat seluruh kaum telah meninggalkan pembangkang – memberi bayangan bahawa rakyat tidak percaya bahawa Muafakat Nasional bersifat perkauman
7. PH berjaya mengekalkan rekod bersih tanpa kalah ketika menjadi pembangkang kerana tidak bertanding.
#InilahMuafakat
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu
You must be logged in to post a comment.