Luahan Achey lihat kemelut Ali, Hidayah semakin serius
Semua orang kembali bercerita tentang kisah yang melanda antara family arwah Abam Bocey iaitu kes antara Ali dan juga Hidayah. Kali ini kes mereka jadi lebih serius dan telah melibatkan pihak mahkamah yang keduanya menfailkan saman antara satu sama lain.
Achey, sebagai salah seorang rakan baik arwah Abam dan ahli kumpulan Bocey, melihat perkara ini dengan penuh rasa dukacita.
Pelawak ini akui amat sedih melihat keadaan dan hubungan antara Ali Puteh dan yang semakin berlarutan.
Mengambil pendirian tak mahu menyelebahi mana-mana pihak, Achey merasakan ada cara yang lebih baik untuk settle masalah berkenaan, namun sebaliknya yang terjadi.
“Secara umum saya mahu bercakap, saya memang tak memihak kat mana-mana pun. Saya memang rasa sedih kerana patutnya hal berkenaan boleh diselesaikan dengan cara lebih baik”.
“Namun begitu, siapalah saya dan Fad ni kan, kalau tiba nak masuk campur urusan family mereka. Bagi mereka, nak teruskan dengan cara seperti itu iaitu saman. Pendapat saya, kes tersebut boleh saja nak diselesaikan secara lebih senyap.
“Walaupun tak ada hubungan yang baik dan bermasam muka, namun, kalau ikutkan boleh diselesaikan dengan damai agar ia tak ada bagi kesan pada orang lain”.
Achey sekali lagi amat mengharapkan agar persengketaan antara mereka itu berakhir dengan baik. Ini disebabkan Achey risau jika hal ini akan beri kesan kepada anak arwah Syed Uthman Hamzah yang masih lagi kecil.
“Kena dijadikan iktibar buat orang lain dan juga diri saya ni. Tak mustahil hal macam ni boleh berlaku pada kita. Saya dan family juga akan ambil iktibar. Saya harap kemelut ini berakhir dan semua berbaik.
“Demi anak arwah Abam yang sedang membesar. Saya harap dia akan membesar serta kenal semua keluarganya dengan baik”.
Itulah pandangan dari Achey tentang hal ini yang mana ianya akan diteruskan di mahkamah.-News-Tel