PRK SLIM: POKOK Mahathir Tumbang, BN Menang majoriti 10,945 Undi!

TERKINI: BN MENANG majoriti 10,945 undi!

 

7.00 malam – TIDAK RASMI: Mengikut kiraan undi awal, jumlah undi yang diperolehi BN meningkat kepada 95 peratus, berbanding 80 peratus yang diperolehnya pada tahun 2018.

Calon Pejuang pula menerima 4.37 peratus undi awal, hampir sama dengan calon PH pada tahun 2018.

Ini menunjukkan sebilangan penyokong PAS di kalangan pengundi awal telah mengundi calon BN.

 


Calon BN dahului lebih 1,000 undi

 

6.45 petang – Berdasarkan kiraan tidak rasmi dari pusat pengundian, Mohd Zaidi Aziz dari BN mendahului lebih 1,000 undi. Dia kini mendapat 1,500 undi berbanding Amir Khusyairi memperoleh 389 undi, manakala seorang lagi calon bebas, S Santhasekaran memperolehi 65 undi.


Undi awal: BN perolehi 241 undi, Pejuang 11

6 petang – Undian awal telah dikira dan secara tidak rasmi calon BN, Mohd Zaidi Aziz mendapat 241 undi, manakala Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mewakili Pejuang hanya memperolehi 11 undi.

Petugas yang membantu Amir memberitahu media bahawa dia sedang menunggu keputusan dari Bilik Gerakan Utama (BGU).

Malaysiakini masih belum mendapat sebarang perkembangan daripada Zaidi.  Sementara itu, hujan turun dengan lebat di kawasan pilihan raya itu.

 


Undian ditutup, pengiraan bermula

 

5 petang – Pengundian ditutup bagi kerusi Dun N58 Slim di Perak dan pengiraan undi akan bermula tidak lama lagi.

Calon BN, Mohd Zaidi Aziz, yang juga ketua Umno bahagian Tanjung Malim, mempertahankan kerusi kubu kuat parti itu. Beliau dicabar calon bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan S Santharasekaran.

Amir Khusyairi, seorang peguam syariah bertanding atas tiket bebas tetapi mewakili parti baru yang diasaskan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Kerusi Dun Slim kosong berikutan kematian Adunnya selama empat penggal, Mohd Khusairi Abdul Talib dari BN yang meninggal dunia akibat serangan sakit jantung pada 15 Julai.

Pada PRU14, Mohd Khusairi menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

Dun Slim mempunyai 22,749 pengundi di mana 75 peratus pengundi adalah berbangsa Melayu, diikuti kaum India (13 peratus), Cina (10 peratus), dan lain-lain (dua peratus).

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker