Musa hadir majlis PM jumpa pimpinan Sabah

Share

Bekas ketua menteri, Musa Aman menghadiri majlis perjumpaan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dengan pimpinan Sabah malam ini.

Musa yang tiba kira-kira 7.30 malam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, disambut beberapa pemimpin, termasuk Ketua PPBM Sabah, Hajiji Noor.

Turut hadir ialah Ketua Barisan Nasional Umno dan Umno negeri, Bung Moktar Radin.


Majlis perjumpaan itu turut dihadiri pemimpin dari Umno, Parti Bersatu Sabah (PBS), STAR, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), MCA dan SAPP. FMT

Leave a Reply