Sudah masanya Mahathir tutup mulut – Aziz Bari

Dr M, Pejuang seperti tiada tempat – Aziz Bari

Kemenangan calon BN, Mohd Zaidi Aziz pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Slim menunjukkan pengundi tidak lagi menyokong bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, kata ketua pembangkang Perak, Aziz Bari.

“Sepertinya Pejuang tak ada tempat,” kata Aziz kepada Malaysiakini selepas calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang disokong Pejuang hanya memperoleh 13.69 peratus undi.

Aziz yakin tarikan peribadi terhadap Mahathir semakin berkurangan.



Ini disebabkan calon yang disokongnya gagal menarik sokongan penyokong Pakatan Harapan yang telah memberikan undi sebanyak 33 peratus dalam pertandingan tiga penjuru pada PRU14.

Kata Aziz yang juga Adun Tebing Tinggi, mungkin kini adalah masa bagi Mahathir ‘menutup mulutnya’.

“Bagi saya masa depan adalah dengan PH, kita bercakap mengenai sistem dua parti.

“Saya rasa di Semenanjung, pengundi tidak berminat dengan kuasa ketiga sama ada Pejuang atau sebaliknya,” katanya.



“Pengajaran yang boleh diambil dari Slim adalah tiada isu mengenai kuasa ketiga. Ini hanya akan memecah undi dan mengelirukan rakyat”

“Saya rasa ini merupakan tanda soal bagi konsep PH plus. Ketika menentang Umno dan BN, rakyat mahukan Pakatan Harapan, titik. Ringkas dan mudah,” katanya.

Walaupun ramai pemimpin dari Amanah seperti Mat Sabu, Khalid Samad, Mohd Nizar Jamaluddin dan Mahfuz Omar turun berkempen bagi calon Pejuang, Amir Khusyairi, ketiadaan pemimpin DAP dan PKR seperti Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim amat dirasai.

“PH ada di sana untuk membantu dan kami tidak terlibat dalam perancangan atau pemilihan calon. Itu sepenuhnya tugas Pejuang,” kata Aziz. Mkini



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker