PPBM dulu curi ahli parlimen, sekarang umpan parti komponen – Khaled
Tahniah MIC kerana keluar PN
Naib Presiden Umno Khaled Nordin mengucapkan tahniah kepada MIC kerana membatalkan hasrat menyertai Perikatan Nasional (PN).
Dia menyifatkan tindakan itu sebagai tepat.
Katanya, Bersatu sebagai parti teras PN tidak lagi memerlukan sokongan MIC dan MCA kerana sudah membuka keanggotaan kepada golongan bukan Melayu.
“Lagipun sebagai parti antara yang terawal dalam komponen BN, wajar MIC bersama Umno dan MCA terus memperkasakan BN seperti saranan presiden UMNO.
MIC mulanya bersetuju menyertai PN dengan tanggapan UMNO dan BN akan turut sama, namun apabila hujung bulan lalu UMNO dikatakan tidak akan menyertai pakatan itu, maka keputusan MIC sebelum ini tidak terpakai.
Seterusnya Mohamed Khaled membidas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang disifatkan sebagai pencuri.
“Ini kerana BN jenama yang telah teruji. Dulu curi ahli Parlimen, sekarang nak umpan parti gabungan BN pula,” katanya. Mkini
You must be logged in to post a comment.