Jemaah kena terajang, tampar, rupanya Ini saja kesalahan dia buat (video)

Sebelum ini ada beberapa kes jemaah bergaduh di dalam masjid. Dalam perkembangan terkini, tular pula sebuh video seorang jemaah di tendang dan tampar sehingga tercabut kopiah kerana berlaku sedikit insiden kecil selepas selesai solat

Terkedu sangat tegok video ni… Ya Allah, terpijak jari je, bukannya sakit sangat pun… Tapi malang sungguh nasib seorang jemaah di sebuah masjid di Palong 7, N9. Beliau bukan sahaja ditampar bahkan diterajang oleh seorang jemaah lain hanya kerana terpijak jari…

Masjid adalah rumah Allah, tempat mulia untuk hamba beribadat dan menghubungkan silaturrahim di antara penduduk setempat. Ketika berada di rumah Allah, usahkan bergaduh dan memarahi orang lain, meninggikan suara pun dah dikira tidak beradab.

“Terpijak tangan katanya.. Sekali Pakcik baju merah Pergh.”



Lokasi : katanya kt Palong 7 Gemas

Rata-rata netizan mengecam tindakan keterlaluan jemaah tersebut

“Masya Allah kt rumah Allah PON baran x terkawal ..tua2 nie pakcik byk sabor,tgn tue dh biasa ringan jer nk memukul x pasal2 ..Allah bayo cash duk zalimi Org lain nnti hurmmm

“Tak sengaja tu… sy pun pernah berlaku mcm masa solat jumaat jamaah yg lalu utk ke saf hadapan tidak persan terpijak tangan memang sakit tp jamaah tu btl btl dia tak sengaja kalau dia npk dia takkan pijak tangan kita maafkan dia… ni boleh di kira samseng masjid ni maafkan dia pakcik… mungkin masa dulu dulu…. pakcik pun ada terpijak tangan jamaah kot tu yg Allah nk uji nk bg rasa mcm mana jari tangan di pijak dlm masjid rumah Allah pun susah nk bersabar mcmlah kalau berlaku kat luar luar



“Baru gerakkan allah pijak tangan tanpa sengaja. Dan tangan itu jugak dgn pantas nya main pukul org. Tak ke boleh memaafkan dlm rumah allah. Tutup pintu rezeki….. maaf ini apa yg ku rasa je.
Jangan marah ye.

ADAB DI DALAM MASJID

1. Berniat iktikaf di dalam masjid iaitu berhenti seketika atau lama dengan maksud beribadah kerana Allah.

2. Menunaikan solat dalam keadaan tenang dan tidak gopoh. Sabda Rasulullah saw ( riwayat Bukhari ), daripada Abi Qatadah r.a :



فعن أبي قتادة قال: بينما نحن نصلي مع النبي -صلى الله عليه وسلم- إذ سمع جلبة الرجال، فلما صلى قال: (ما شأنكم؟) قالوا: استعجلنا الصلاة، قال: (فلا تفعلوا؛ إذا أتيتم الصلاة فعليكم بالسكينة؛ فما أدركتم فصلوا، وما فاتكم فأتموا)

Daripada Abi Qatadah berkata : ketika kami sedang bersolat bersama nabi saw, tiba-tiba baginda saw mendengar hingar bingar para jemaah lelaki. Setelah selesai solat baginda saw berkata : Apa yang terjadi kepada kamu semua? Mereka berkata : kami ingin segera bersolat. Jawab baginda saw : Jangan kamu lakukan. Apabila kamu dating untuk bersolat maka kamu mestilah bertenang. Mana-mana rakaat yang kamu perolehi maka tunaikan , apa yang terluput maka sempurnakan. MB

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker