PrkSlim : Pejuang akan kalah teruk tapi berjaya manfaatkan kempen – tinjauan

Serpihan Bersatu, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dijangka kalah teruk dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Perak, esok.

Bagaimanapun, parti yang meletakkan calon bebas itu dilihat berjaya memanfaatkan dengan baik kempen pilihan raya kecil untuk melancarkan serangan pada Bersatu dan presidennya Muhyiddin Yassin.

Meramalkan Umno menang selesa esok, badan penyelidik bebas Ilham Centre, mengakui calon Pejuang Amir Khusyairi Mohamad Tanusi lebih menonjol, tetapi tidak mampu membuat kejutan, memandangkan pertimbangan parti mengatasi isu dan calon.

Ilham melihat Umno melalui calonnya Mohd Zaidi Aziz mempunyai kelebihan, antaranya kerana dijangka menyapu bersih 4,103 undi pemilih PAS.



Dalam pilihan raya umum lalu, calon Bersatu, yang ketika itu bersama Pakatan Harapan (PH), mendapat 6,144 undi manakala Umno pula menang dengan 8,327 undi di kubu kuat mereka itu.

Ilham juga melihat Umno akan mendapat kembali undi mereka yang beralih kepada PH dalam pilihan raya umum lalu.

Pengundi Cina pula yang sinonim dengan PH dilihat berbelah bahagi setelah kecewa dengan prestasi PH ketika menjadi kerajaan selama 22 bulan.

Pengundi luar kaum itu juga dilihat tidak akan pulang mengundi kerana menganggap tiada faktor mendesak untuk itu.



“Selain itu, pengundi Cina menyatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan Dr Mahathir (Mohamad) malah ada yang percaya apa yang berlaku pada politik sekarang adalah atas perancangan beliau,” katanya.

Pengundi India pula dilihat akan mengalihkan sokongan kepada Umno.

Tak hilang deposit dikira berjaya

Sementara itu, Ilham bagaimanapun melihat Pejuang boleh dianggap berjaya jika mampu mengekalkan undi PH dalam pilihan raya umum lalu.



“Sekiranya Amir Khusyairi mampu mengekalkan undi yang diperoleh PH ataupun tidak hilang wang pertaruhan, maka ia boleh dianggap satu kejayaan buat parti Pejuang dalam menempatkan mereka sebagai sebuah parti baru dalam landskap politik negara,” kata Ilham.

“Jadi jumlah undi yang akan diterima oleh Pejuang akan memberi skala pemberat kepada penerimaan pengundi.

“Ini perlu dilihat oleh Muafakat Nasional bahawa parti baru ini mampu menggugat asas kekuatan Bersatu dan menganggu undi Melayu yang menjadi teras Pas-Umno.”

Ilham menjangkakan anggota Bersatu yang tidak mendapat laba politik ataupun hilang lantikan politik semasa era PH akan menyokong calon Pejuang.



Berkaitan seorang lalu calon bebas, Ilham menjangkakan Santhara Sekaran Subramaniam akan akan hilang deposit kerana tidak mampu berkempen secara berkesan kerana kekangan pengalaman, sumber dan jentera.

Seramai 23,094 orang layak membuang undi esok.

Slim ialah kawasalan majoriti pengundi Melayu (75 peratus). Pengundi Cina sebanyak 10 peratus, India 13 peratus dan Orang Asli 2 peratus.

Kajian lapangan Ilham itu dibuat dari 7 hingga 27 Ogos menggunakan kedai survei dan temu bual individu dan berkumpulan melibatkan 502 responden secara rawak. Mkini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker