Bumbung kilang roti runtuh: Satu parah, dua masih terperangkap
KUALA SELANGOR: Seorang parah, manakala dua lagi masih terperangkap di bawah runtuhan bumbung kilang roti di Batu 22, Ijok, di sini, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.49 pagi.
“Menurut komander operasi, terdapat tiga mangsa warga Myanmar terbabit dalam runtuhan bumbung itu.
“Seorang mangsa berjaya dikeluarkan dan mengalami kecederaan parah, sementara dua lagi masih terperangkap.
“Operasi menyelamat mangsa yang terperangkap sedang dilakukan,” katanya.
Jurucakap bomba berkata, dua lagi mangsa masih berada dalam runtuhan itu dan pihaknya sedang berusaha mengeluarkan mereka.