Anak yang juga cucu VIP mabuk langgar PKP tidak terlepas
Seorang anak orang kenamaan (VIP) adalah antara yang ditahan dan dikenakan tindakan oleh polis dalam serbuan ke atas sebuah pub di Kuala Lumpur awal pagi Ahad lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Mazlan Lazim, berkata serbuan ke atas premis terbababit dibuat kira-kira jam 1.20 pagi dan didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Katanya hasil serbuan tersebut polis menahan seorang lelaki Ielaki India dipercayai pengurus pub berkenaan serta empat individu lain disyaki pekerja di situ.
Seorang daripada mereka merupakan lelaki Bangladesh, manakala lagi tiga wanita Filipina.
“Siasatan lanjut mendapati premis tersebut dibuka tanpa lesen perniagaan yang sah.
ARTIKEL BERKAITAN: Cucu Negarawan Sahabat DAP Ditangkap Mabuk Langgar PKP
“Selain itu, polis turut menahan 20 lelaki dan sembilan wanita warganegara Malaysia yang dipercayai pengunjung premis dan berada di premis terbabit melebihi had masa yang dibenarkan dalam tempoh PKPP,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mazlan menjelaskan keempat-empat suspek warganegara asing yang berumur antara 33 hingga 52 tahun itu ditahan reman selama 14 hari mulai 22 Ogos untuk lanjut.
Dua puluh sembilan orang warganegara Malaysia berumur dalam lingkungan 21 hingga 48 tahun pula, katanya, dikenakan kompaun RM1000 setiap seorang.
“Polis Kuala Lumpur menegaskan tidak mengamalkan sikap double standard (pilih kasih) dan tidak sesekali berkompromi terhadap mana-mana individu termasuklah anak VIP tersebut yang didapati melakukan kesalahan melanggar PKPP.
“Mereka dikenakan tindakan yang sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Polis sahkan cucu Mahathir antara yang ditahan di pub
Kenyataan itu dibuat ekoran wujud maklumat tular yang mendakwa seorang anak orang kenamaan terlepas daripada tindakan polis dalam satu serbuan ke baru-baru ini.
difahamkan individu terbabit merupakan anak seorang ahli politik pembangkang.
Kata Mazlan polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 bagi kesalahan pemilik premis menggaji warganegara asing, dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Seksyen 76 Akta Eksais 1976 dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(no 7) 2020.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya dengan cara menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana–mana balai polis berdekatan.