Tok Mat Bersyukur Umno Pas Bersatu Sebelum ‘Pejam Matanya’

Tok Mat Gembira, UMNO-PAS Bersatu Sebelum Dia Tutup Mata

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menzahirkan rasa gembira dapat melihat penyatuan dua parti Melayu terbesar antara UMNO dan PAS.

Menurut beliau hasratnya tercapai kerana dapat menyaksikan perpaduan tersebut sebelum dirinya ‘menutup mata’.

“Saya amat sukacita dan kalau tidak panjang umur kerana ajal maut kita tidak tahu, saya amat gembira dan hasrat telah tercapai.



“Perpecahan orang Melayu telah pun berakhir dan tidak perlu berpecah, terbelah dan berseteru sangat kerana orang daripada dulu yang kita sambung.

“Bersatulah orang Melayu dan lupakanlah apa yang berlaku serta pandang ke hadapan.

“Ke mana nanti anak cucu bangsa kita dan adakah mereka akan hidup dengan bangga atau dalam negara yang kucar-kacir,” katanya sebentar tadi.

Beliau yang terkenal dengan panggilan Tok Mat berkata demikian ketika berucap pada kempen ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Slim) di Felda Besout 4 malam tadi.



Turut hadir Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Tok Mat turut menegaskan agar jangan ada sebarang usaha untuk merosakkan hubungan baik antara UMNO dan PAS.

“Sebab itu kita khuatir dengan perpaduan ketika ini, jangan ada anasir yang mengganggu hubungan penyatuan ini,” katanya.

Beliau yang juga merupakan ADUN Rantau turut menjelaskan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang ekoran tamakkan kuasa untuk menjadi perdana menteri.



“Mereka jatuh sebenarnya kerana isu siapa yang hendak jadi Perdana Menteri (PM). Tidak habis isu ini apabila seorang hendak jadi PM sampai mati dan yang seorang lagi hendak jadi PM sebelum mati.

“Jangan tuduh kita jatuh mereka dan masa itu belum ada Perikatan Nasional dan PM yang letak jawatan ketika itu.

“Muafakat Nasional hanya hendak selamat keadaan sebab kerajaan sudah tidak ada,” tegasnya pula. Suaratv



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker