Berang Di Panggil ‘Budak’, Syed Saddiq Seru Pengundi Tukar ‘Muka Tua’

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berang selepas dirinya digelar sebagai ‘budak’ ketika sesi perbahasan Dewan Rakyat.

Jelasnya, golongan muda seharusnya tidak dipandang rendah dan perlu diberi ruang menyampaikan pandangan demi kepentingan negara.

Pada masa sama, Syed Saddiq mengajak pengundi berhenti daripada menyokong ahli politik yang sering memandang ringan kepada kemampuan anak muda.

“Saya bangkitkan soal pelaksanaan SOP Covid-19 yang selektif kepada menteri dan orang awam.

“Bila saya tanya, dilabel ‘budak-budak kecil’. Tidak mengapa. Ingat muka-muka tua ini. Lepas ini tukar! Biar anak muda ambil alih,” katanya di Twitter.

Semalam, Syed Saddiq digelar sebagai ‘budak’ oleh Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, Syed Saddiq juga pernah digelar ‘cucu’ oleh beberapa ahli parlimen berpihak kerajaan.

Insiden itu berlaku ketika Syed Saddiq cuba mencelah perbahasan daripada Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat. Suaratv

Related Articles

2 Comments

  1. Memang ‘budak mentah’..takkan boleh dinafikan. Nak songlap duit tak belajar dgn atok anak beranak dulu..

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker