Cucu Negarawan Sahabat DAP Ditangkap Mabuk Langgar PKP

Cucu Mahathir Di Tangkap Langgar PKPP, Mabuk

Cucu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad di katakan di tahan pihak polis dalam satu serbuan yang di jalankan ke atas sebuah permis hiburan di ibu kota, pada Sabtu lalu.

Menurut sumber yang di hubungi SuaraTV sebentar tadi, Meera Alyanna Mukhriz di tahan oleh sepasukan anggota polis sekitar jam 1.20 pagi sebelum di bawa ke balai polis di Taman Tun Dr Ismail.

“Ya, beliau di tahan pagi Sabtu lalu, kerana melanggar perintah PKPP dan ketika di tahan beliau dalam keadaan mabuk,” memetik kenyataan sumber tersebut.

Serbuan di lakukan hasil maklumat orang ramai yang mendakwa premis hiburan tersebut beroperai melebihi had masa yang ditetapkan.

Daripada hasil serbuan tersebut seramai 30 orang telah ditahan atas pelbagai kesalahan sebelum di bawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pemilik tempat tersebut dan 2 pekerja telah ditahan kerana tidak mempunyai lesen menjual minuman keras serta tidak mempunyai permit pekerja asing yang sah.

Baca : Polis sahkan cucu Mahathir ditahan

“Seramai 30 pelanggan telah dibawa ke balai untuk pelbagai kesalahan PKPP dan siasatan dibuat di bawah Peraturan 11, Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit,’ katanya lagi.

Pihak kami masih sedang berusaha untuk mengbungi Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk mendapatkan pengesahan maklumat lanjut. – SuaraTV

 

CUCU MAHATHIR MENGAKU TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KANTOI LANGGAR PKPP

Related Articles

3 Comments

  1. Nanti mahathir akan kata ada org nk burukkan namanya dan keluarganya.. lps tu dia akan tnya knp menteri langgar pkp x ditahan? Atok oh atok( bangau oh bangau)

  2. Atuk dh tua x larat dah.. Si boboi x pandai nak tegur atau nasihat anak ke.. Dlm parlimen bukan main lagi nasihat orang…. Elok la dari atuk sampai ke cucu dok mengata orang sana sini…. Akhir nya buruk sendiri pecah jugak… BUAT MALU KETURUNAN ATUK je ade cucu mcm tu….

  3. Sepatutnya beliau perlu menjaga tertib n adab demo menjaga nama baik n maruah keluarga. Sememangnya beliau dibesarkan “dalam dulang emas”, beliau tidak mengenal susah jerih n penat lelah utk mendapatkan sedikit wang! Beginilah gaya hidup mereka yg dibesarkan atas “dulang emas”, mereka lupa semua ajaran agama. Nama sja yg menunjukkan “agama”nya. Insaflah n kembalilah ke pangkal jalan sblm terlambat!

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker