Lim Guan Eng dakwa PM dan menteri-menteri pengkhinat juga minta tender rundingan terus

Lim Guan Eng mendakwa bahawa Perdana Menteri dan beberapa menteri “pengkhianat” juga ada meminta tender rundingan terus daripadanya.

Berikut adalah tulisan beliau di laman facebooknya.

YB Menteri Kewangan sebut Kementerian Kewangan zaman PH luluskan 101 projek secara langsung (direct award) bernilai RM6.6 bilion dalam tempoh 22 bulan. Ataupun RM 65.3 juta secara purata setiap projek.

Kerajaan PH mengamalkan tender terbuka, tetapi pengecualian diberikan tertakluk kepada syarat tertentu seperti perolehan masa krisis atau bencana alam, perolehan yang berkepentingan nasional dan melibatkan keselamatan negara, kepakaran khusus yang diperlukan dan sebagainya. Tambahan pula, ia melibatkan keputusan Kabinet. Semua prosedur dipatuhi.



Menteri Kewangan dicabar dedahkan senarai penuh tender secara langsung (direct award) oleh PH, PN dan BN. Jangan sembunyi dan sorok-sorok. Kita tengok nanti siapa yang kantoi. Tengok kroni-kroni siapa yang dapat projek.

Atau takut kalau terbongkar nanti bahawa YAB Perdana Menteri dan Menteri-menteri “Pengkhianat” pun ada minta tender “direct award” daripada saya semasa menjadi Menteri Kewangan. Jangan suka baling batu sembunyi tangan. Berani kerana benar.

Nota : Admin berharap Lim Guan Eng tidak membuat dakwaan melulu. Ini adalah tuduhan berat terhadap Perdana Menteri dan yang lain. Lim Guan Eng kena buktikan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker