4 warga Bangladesh antara 5 ditahan pasang bendera terbalik di depan lori

Seorang pemandu lori sampah dan 4 pekerja Bangladesh ditahan berhubung bendera yang dipasang terbalik di depan lori mereka.

Ketua Polis Daerah Gombak, Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki berumur 36 tahun berhubung perkara itu.

Katanya, pengadu menahan lori itu dan menegur pemandu serta merakam insiden berkenaan di depan sebuah masjid di Bandar Country Homes di Rawang semalam, sebelum ia tersebar di media sosial.

“Ekoran itu, pengadu membuat laporan polis dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Sekyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Selain pemandu lori berumur 48 tahun ditahan, turut ditahan ialah 4 lelaki warga Bangladesh yang merupakan pekerja syarikat sama berumur 30 hingga 43 tahun,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, semua suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan akan direman hari ini. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker