Covid-19 : 7 kes baru dilaporkan hari ini
Tujuh kes baru Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 6 pesakit sembuh hari ini.
Jumlah kematian kekal 125 orang dan tiada kematian baru dilaporkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 8 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 5 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Tiada penularan baru dari kluster Tawar dilaporkan.
Jumlah discaj baru: 6
Jumlah kumulatif discaj: 8965 (96.7%)
Jumlah kes baru; 7
Jumlah kumulatif: 9274
Jumlah kes aktif: 185
Jumlah kematian: 0
Jumlah kumulatif kematian: 125 (1.35%)
Jumlah kes di ICU: 8
Pesakit intubated: 5