PRN Sabah: BN sedia runding guna lambang parti masing-masing

TANJUNG MALIM – Barisan Nasional (BN) sedia berunding dengan parti-parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah jika mereka mahu menggunakan lambang parti masing-masing.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu penting bagi memastikan hanya pertandingan dua penjuru sahaja dalam PRN berkenaan.

“Jika ada parti yang mahu menggunakan lambang parti masing-masing, kita akan rundingkan agar pertandingan dua penjuru saja yang diizinkan di antara parti yang berganding bersama BN Sabah untuk menentang Parti Warisan Sabah (Warisan).

“Perkembangan terbaru di Sabah, saya yakin perundingan akan diteruskan dengan beberapa parti di Sabah. Kita sedang memulakan rundingan untuk membahagikan kerusi di Sabah,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke Program Ramah Mesra Bersama Pengundi India di Bilik Gerakan IPF, Kampung Baru Slim, Slim River di sini hari ini.



Ahmad Zahid berkata, gabungan parti politik bersama BN di Sabah penting bagi membentuk sebuah gabungan besar pada PRN berkenaan.

Katanya, gabungan besar itu akan mengemukakan tawaran baharu melalui manifesto khusus bagi pengundi di Sabah.

Sementara itu, dalam membantu melancarkan gerakan PRN Sabah, beliau mengumumkan pelantikan Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan sebagai ketua koordinator.

Katanya, kedua-dua mereka akan membantu Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin yang mengetahui jentera PRN Sabah.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker