Orang Cina julang Dap, MCA jangan putus asa – Najib

Bila saya imbas dan kenang kembali, ada kalanya saya sendiri berasa sedih.

Tidak kira betapa banyak usaha MCA dan pemimpin Cina, sama ada NGO atau persatuan-persatuan.

Sokongan masyarakat Cina tidak berpihak kepada MCA dan BN.

Yang disokong, DAP dan politik mereka.

Semasa saya jadi PM, saya PM bukan untuk kaum Melayu saja.

Saya PM kepada orang Asli, PM kepada masyarakat Cina, kepada Iban, Dusun, Kadazan dan anak-anak Malaysia semua.

Maka saya perkenalkan prinsip pentadbiran 1Malaysia.

Ekonomi, perniagaan, pendidikan, biasiswa, kebajikan.

Kesemua ini penting bukan sahaja kepada masyarakat Cina tetapi seluruh Malaysia.

UTAR, pendidikan sekolah Cina, BR1M, biasiswa dan sebagainya.

Pintu pejabat MCA atau mana-mana komponen parti BN, sentiasa dibuka luas seluruh negara kepada semua kaum untuk khidmat masyarakat dan mendapatkan pandangan rakyat.

Kami keluarga besar BN, kami suara rakyat.

MCA dan saya berusaha membantu.

Tiada kuota. Tiada diskriminasi. Hanya 1Malaysia.

Tidak cukup kemasukan universiti? Saya tambahkan untuk semua anak-anak Malaysia.

Tidak cukup biasiswa? Saya cuba berikan.

Tidak cukup BR1M? Tanyalah Kementerian Kewangan dahulu arahan saya apa.

“Jangan terlalu keras dengan syarat BR1M. Kita mampu dan kita kena ikhlas bantu orang susah. Tidak kira kaum, semua kita tolong.”

Pembangunan dan pertumbuhan ekonomi juga meningkat setiap tahun.

Kenapa?

Saya selalu mengadakan konsultasi dengan pemimpin masyarakat, ketua-ketua dewan perniagaan, malah wakil-wakil persatuan peniaga kecil, kontraktor dan sebagainya.

Kepimpinan MCA dan pemimpin masyarakat Cina juga selalu berjumpa saya berikan input.

Malah, input mereka bukan bersifat perkauman. Mereka perjuangkan isu dan keperluan rakyat semua.

Projek-projek pembangunan, projek-projek pengangkutan dianugerahkan secara adil.

Bawah saya dan Presiden MCA merangkap Menteri Pengangkutan ketika itu.

Tidak bermakna bumiputera diabaikan.

Saya sedar, ada kalanya saya juga menjadi sasaran orang Melayu bila ada yang menuduh saya melebihkan masyarakat Cina.

Kita cuba berikan sebahagian projek pembangunan berasaskan dasar ‘Carve Out & Compete’ untuk Bumiputera juga, diberi atas kebolehan masing-masing.

Saya dengar, saya usahakan.

Setiap seorang daripada anak-anak Malaysia, saya tidak mahu ada sesiapa pun ketinggalan.

Namun, akhirnya DAP juga dijulang.

Lihatlah apa hasil DAP memerintah pula selepas PRU14.

Ekonomi? Hancur. Pekerjaan? Semakin berkurang. Bantuan? Dipotong. Pendidikan? Dipolitikkan dan dikurangkan lagi.

Kini kes rasuah dan salah guna kuasa DAP timbul satu demi satu.

Saya selalu beritahu pemimpin BN, MCA, komponen parti lain dan para penyokong kita.

Jangan putus asa.

Satu hari nanti, dengan keikhlasan dan usaha kita sendiri, rakyat akan terima kita.

Di BN, saya lihat semakin ramai anak muda berwibawa dari golongan profesional menyertai kita.

Mereka diberi peluang di tahap kepimpinan parti.

Momentum ini wajar diteruskan dengan panduan atau nasihat daripada veteran berpengalaman.

Saya percaya, kita mampu berikan yang terbaik kepada rakyat.

Di PRK Slim, saya berharap semua kaum dan penduduk dapat memberikan dan tingkatkan sokongan kepada BN.

BN parti yang membela rakyat dan membawa pembangunan secara saksama.

Dari FB Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker