Semalam kantoi cubaan gagalkan bajet PRIHATIN, hari ni berlakon pula sokongan bersyarat
Tengoklah sendiri jenaka dan penipuan puak PH Plus.
Selepas mereka dikritik hebat semalam atas undi tak sokong bajet Prihatin untuk membantu Rakyat dan menyelamatkan ekonomi, mereka U-turn sekali lagi.
Kononnya bajet itu boros dan membazir dan kita tak patut beri peruntukan tambahan kepada kerajaan PN.
Semalam mereka tolak, hari ini mereka kata sokong dengan syarat.
Syaratnya ialah peruntukan bajet tambahan perlu digandakan dari RM45 bilion ke RM90 bilion sebelum PH Plus akan sokong.
Eh… Hutang RM32 bilion 1MDB akan bankrapkan negara walaupun banyak aset-aset berharga dan ada perjanjian penyelesaian dengan IPIC untuk mendapat semua wang yang didakwa hilang.
Bajet tambahan RM45 bilion membazir dan boros.
Tapi bajet tambahan RM90 bilion tak membazir, tak boros dan patut disokong?
Rupanya Malaysia tak bankrap bawah BN dahulu.
(lepas kerajaan PH tumbang, baru Tun M mengaku kekayaan negara mencecah RM2 trilion iaitu naik RM1.2 trilion dari RM800 bilion dalam tempoh saya jadi PM)
Jika tak bankrap kenapa dulu kerajaan PH asyik tipu bahawa negara dah bankrap dengan hutang RM1 trilion dan sebab itu, rakyat perlu ikat perut dan derma pada Tabung Harapan?
(paling lawak ialah Rakyat disuruh ikat perut dan derma untuk bantu kerajaan tetapi hutang negara naik RM140 bilion (paling laju dalam sejarah) dalam tempoh Gagalkrasi PH. Mula-mula tak mengaku.
Akhirnya mengaku juga tetapi PH suruh siasat PM8 juga dengan alasan PM8 juga dalam kabinet PH dulu)
PHenipu.
PHembohong.
PHodah!
RM45 bilion membazir & boros tapi minta tambah sampai RM90 bilion tak membazir & tak boros
minta macam tu tapi tak rasa apa2 yang tak betul apatah lagi rasa malu
memang celaka betul guan eng & pakatan hancing ni