Pejuang mungkin sertai Muafakat Nasional, kata ahli MPT PPBM

Ahli majlis pimpinan tertinggi (MPT) PPBM Mohd Redzuan Yusof berkata beliau tidak menolak kemungkinan parti baru Dr Mahathir Mohamad Pejuang berganding bahu dengan parti itu dan barisan politik yang lain pada masa hadapan.

Beliau berkata, PPBM fokus kepada peningkatan integriti serta penegakan kedaulatan undang-undang dan menyifatkan parti itu dan Pejuang “mempunyai misi yang sama tetapi mengambil jalan berbeza”.

“Jika Pejuang mempunyai misi yang sama, saya tidak akan terkejut jika mereka juga menyertai (kami) sebagai sebahagian gabungan besar pada masa depan.

“Kamu tidak akan tahu. Itu pandangan saya,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

PPBM bersetuju untuk menyertai Muafakat Nasional, gabungan yang mengeratkan Umno dan PAS pada Sabtu yang Redzuan merujuknya sebagai “gabungan besar ” hari ini.

Perikatan itu diumumkan selepas 3 hari Mahathir mengumumkan Pejuang sebagai nama parti baharu beliau.

Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu itu pada 7 Ogos dan berkata ia perlu melawan rasuah kerana parti Melayu lain menyeleweng daripada perjuangan asal mereka.

Beliau berkata, parti baharu itu akan kekal sebagai blok bebas tetapi akan berganding bahu dengan parti lain selepas pilihan raya. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker