TOLAK BAJET PRIHATIN, PH BALAS DENDAM KEPADA RAKYAT ?

Oleh Lau Chin Kok

Sungguh hipokrit, bermuka-muka dan sememangnya muka pemimpin Pakatan Harapan-DAP tak boleh dipercayai langsung.

Jika anda membaca di page Lim Guan Eng pada 4 hari yang lepas anda akan dapati satu kenyataan yang cantik bunyinya jika membaca dari luaran. Tapi sebenarnya apa yang ditulis tak facebooknya tak sama apa yang tertulis di hatinya.

Kononnya beliau mahu kerajaan bantu rakyat dengan melanjutkan moratorium untuk 6 bulan lagi, tapi bila diusulkan bajet ini beliau dan seluruh MP Pakatan Harapan menolaknya mentah-mentah. Inikah caranya PH hendak membantu rakyat ?

Saya kepilkan bersama kenyataan Lim Guan Eng disini :

“Bantulah rakyat Malaysia dan perniagaan tempatan, lanjutkan moratorium untuk 6 bulan lagi.”

Hakikatnya apa yang berlaku semalam Isnin 17 Ogos 2020, kesemua 106 orang Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan mengundi TIDAK BERSETUJU bagi meluluskan Rang Undang-Undang Penguntukan Semula Peruntukan Perbekalan 2020.

Yang peliknya mereka ini tak malu, dihadapan rakyat mereka meminta kerajaan Perikatan Nasional memperuntukan bajet untuk membantu rakyat, tapi disebaliknya merekalah dalang yang cuba menggagalkan bajet bantuan ini. Apakah mereka ingat rakyat tak tahu ?

Ianya cukup jelas menunjukkan MP Pakatan Harapan menolak kerajaan Perikatan Nasional memperuntukkan sejumlah wang bagi membantu rakyat Malaysia yang terkesan gara-gara wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya mohon YB Hannah Yeoh memberi sedikit nasihat kepada kepimpinan Pakatan Harapan terutama Lim Guan Eng.

Ini nasihat YB Hannah Yeoh :

Apa pun rakyat Malaysia patut bersyukur, semua ahli MP Perikatan Nasional 111 orang yang terdiri daripada UMNO. PAS, MCA, PPBM, GPS, dan Sabah menyokong usul tersebut.

Begitulah sikap hipokrit pemimpin Pakatan Harapan-DAP terutama Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng yang kononnya mahu kerajaan memanjangkan tempoh moratorium bank. Semuanya hanyalah retorik politik kosong semata-mata.

Mereka DAP dan Pakatan Harapan lebih rela melihat rakyat menderita, menanggung beban tanpa dapat dibantu oleh kerajaan. Cukuplah 22 bulan rakyat menanggung segala derita dan masalah semasa Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

RAKYAT SUDAH SERIK ….

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker