Kes Liwat 3.0, segala bukti rakaman perbualan disimpan pengadu

KUALA LUMPUR: Polis telah membuka siasatan laporan liwat yang melibatkan seorang ahli politik susulan tular akuan bersumpah seorang lelaki yang mengakui melakukan hubungan luar tabie itu.

Lekaki berumur dalam lingkungan umur 20-an itu membuat pengakuan bersumpah pada akhir Jun laludan kemudiannya membuat laporan polis pada hujung minggu lepas.

Harian Metro melaporkan, Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan menerima laporan itu semalam.

Sementara itu The Malaysian Insight melaporkan pengadu tersebut akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat untuk menjelaskan kenapa laporan itu dibuat selepas tujuh tahun kejadian itu berlaku.

“Buat masa ini saya tidak boleh komen banyak kenapa saya tunggu sehingga sekarang untuk dedahkan kejadian ini.

“Saya akan adakan sidang media tidak lama lagi,” katanya seperti dilapor The Malaysian Insigt.

Pengadu itu juga menambah setakat ini belum mengambil khidmat peguam dan menjelaskan aduan ke balai polis juga dilakukan tanpa bantuan mana-mana pihak.

Dalam akuan berkanun, pengadu berkata beliau bertemu dan diliwat oleh ahli politik berkenaan empat kali sepanjang 2013 dan dibayar RM300 setiap kali selesai hubungan seks itu dilakukan.

Pengadu juga berkata pada pertemuan keempat, ahli politik tersebut meminta supaya diperkenalkan dengan kawan-kawannya yang lain.

Dia kemuadiannya memperkenalkan seorang kawannya dalam satu pertemuan di sebuah hotel, dan rakannya itu juga mengakui dibayar RM300 selepas mengadakan hubungan seks dengan ahli politik tersebut.

Pengadu juga mendakwa menyimpan segala bukti rakaman perbualannya dengan ahli politik berkenaan

Suara.TV

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker