Hairi Safwan timang bayi perempuan sulung
Pelakon Hairi Safwan ada satu perkhabaran gembira untuk dikongsi buat semua etrutama para peminatnya. Pelakon berumur 32 ini baru saja mengesahkan bahawa dia dah pun menyambut kehadiran cahaya mata ketiga semalam.
Isteri kepada Hairi Safawan telah pun selamat melahirkan baby girl mereka sekitar jam dua petang pada hari Khamis, 13 Ogos 2020.
Bayi dan isterinya, Fara Afiza kini dalam keadaan sihat dan stabil. Anak pertama mereka itu lahir dengan berat 2.7 kilogram di sebuah pusat perubatan di ibu kota.
Hairi meluahkan rasa syukur anak dan isterinya kini selamat dan semuanya baik-baik sahaja.
Baby girl ini merupakan anak perempuan pertama mereka yang mana sebelum ini, Hairi dikurniakan dua orang anak lelaki bernama Arif Haikal dan juga Azad Hakim.
“Syukur alhamdulillah, anak perempuan ini amat dinanti-nanti oleh family saya, dah lama dah. Ini sebabnya dalam family saya, memang agak ramai orang lelaki berbanding perempuan.
“Oleh itu, dengan hadirnya baby girl ini, ini memanglah amat dinantikan semua family. Syukur kehadratnya, anak saya yang ketiga ni cukup sifatnya dan dalam keadaan amat sihat. Ibunya juga kini stabil dan sedang jalani proses pantang. Harapnya semua doakan agar segala urusan dipermudahkan”.
Walaupun sudah ada anak lelaki dan juga peempuan, Hairi tetap terbuka untuk menerima anak lagi jika diberi kurniaan berkenaan di masa depan.
“Dengan hadirnya baby girl ni, boleh di katakan dah lengkaplah family kecil saya ni. Tetapi, kalau ada rezeki di masa hadapan, saya tak ada nak menolaknya. Apa-apapun kenalah tanya isteri saya juga. Kalau dia kata okay, saya pun okay saja”.
Hairi Safwan merupakan pelakon yang digilap bakatnya apabila berjaya menang pertandingan cungkil bakat pelakon baru iaitu Anak Wayang pada tahun 2009. Hairi san isterinya Fara yang bekerja sebagai guru, berkahwin pada tahun 2014.
You must be logged in to post a comment.