Jual Aset waktu nilai rendah adalah cara PH perkasakan ekonomi ummah Tabung Haji

Mujahid asyik pertahankan kenapa PH perlu jual aset Tabung Haji dalam debat Mujahid-Azeez semalam.

Visi utama Tabung Haji ialah:Tonggak Kejayaan Ekonomi Ummah

Manakala kedua misi utama TH ialah Memperkasa Ekonomi Ummah dan Sentiasa Giat Mencari Pelaburan Strategik Global dan Lokal bagi Pertumbuhan Berterusan.

TH satu-satunya institusi negara yang tugasnya untuk memperkasa ekonomi Ummah tanpa mengira bangsa atau keturunan.



Maka cara PH memperkasakan ekonomi Ummah dan memastikan pertumbuhan berterusan pelaburan umat Islam ialah dgn cara menjual kebanyakan aset TH, semua hotel-hotel TH dan 76.2% ladang sawit milik TH pada masa nilai aset paling rendah.

Tidak disebut pula oleh Mujahid kenapa PH telah jauh menyeleweng dari visi dan misi utama TH sehingga menjahanamkan pulangan dan pertumbuhan aset TH masa depan.

Bila ditanya kenapa tiada seorang juruaudit ataupun akauntan dari TH dan Jabatan Audit Negara pernah didakwa memalsukan akaun TH, kekanda jawab laporan polis pernah dibuat tetapi kerajaan PH belum dakwa walaupun 22 bulan telah berlalu,.

Pandai betul kekanda. Cuma buat laporan polis maksudnya benar ke?



Memalsukan laporan kewangan TH bukan jenayah berat ke?

Lagi pandai ialah apabila ditanya kenapa PH langgar akta TH sebab tak bentangkan laporan audit TH, Mujahid jawab bahawa PH sebenarnya nak keluarkan laporan audit TH tahun 2018 pada bulan Mac 2020 tetapi kerajaan PH tumbang bulan sebelumnya.

Sebab itu, PH tak ada peluang keluarkan laporan.

Pandai juga alasan kekanda.



Mungkin juga PM7 sebenarnya nak serahkan jawatan PM kepada Nuar pada bulan Mac 2020 tetapi tidak berpeluang kerana kerajaan PH tumbang pada bulan Februari.

Najib Razak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker