Penerangan UMNO Putrajaya Siap Siaga Teruskan Perjuangan

PUTRAJAYA – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya memaklumkan bahawa jentera penerangan di semua peringkat telah siap siaga bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-15.

Katanya, semua jentera penerangan UMNO empat peringkat di bahagian Putrajaya dan akar umbi telah digerakkan dan proaktif yang usaha untuk menyebarkan maklumat dan informasi terkini dengan lebih efektif.

“Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah meminta dan menggesa semua jentera menggandakan usaha serta sentiasa siap sedia bagi menghadapi PRU memandangkan situasi semasa negara sekarang ini.



“Seramai 200 Ketua Penerangan Cawangan dan sayap-sayap telah dikumpulkan dan diberikan penerangan mengenai isu- isu semasa negara dan isu tempatan. Mereka inilah yang akan bergerak sebagai jentera dalam memastikan informasi dan maklumat semasa sampai ke akar umbi khususnya para pengundi di sini,” katanya.

Menurut beliau, dalam usaha untuk memperkukuh parti dan memastikan pengundi memberi sokongan penuh kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN), gerakan di organisasi penerangan empat peringkat memainkan peranan yang amat penting.

Terdahulu beliau telah mengadakan pertemuan dengan semua Ketua-ketua Penerangan UMNO Bahagian-bahagian di Wilayah Persekutuan.

Ujarnya, pertemuan tersebut memberi input yang efektif dalam memastikan gerak kerja bergerak selari antara Bahagian dan Negeri seterusnya peringkat Pusat. – UMNOPutrajaya



 

https://umnoputrajaya.com.my/2020/08/12/penerangan-umno-putrajaya-siap-siaga-teruskan-perjuangan/



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker