Walaupun Nama Pernah ‘Dihancurkan’, Mamat Sepah Akui Sudah Ampunkan Jep Dan Shuib

Bekas anggota kumpulan Sepah, Mamat dalam satu rancangan temu bual baru-baru ini yang turut disertai rakan pelawak Shuib memberitahu beliau telah memaafkan kedua-dua anggota kumpulan Sepah Jep dan Shuib berhubung insiden pembubaran mereka suatu ketika dulu.

Kumpulan lawak terkenal Sepah sebelum ini dianggotai Mamat, Jep dan Shuib sebelum berpecah dan membawa haluan masing-masing pada 2012 dengan Jep dan Shuib kekal berdua dan menubuhkan kumpulan Sepahtu tidak lama selepas itu.

Mengimbau kembali insiden perpecahan kumpulan mereka suatu ketika dahulu, Mamat mula meluahkan perasaannya apabila ditanya pengacara Khir Rahman tentang perkara yang tidak pernah diberitahu beliau sebelum ini kepada Jep dan juga Shuib.

Walaupun mengakui tiada persoalan daripadanya berhubung insiden pembubaran kumpulan mereka pada 2012, namun luahan Mamat selepas itu pasti membuatkan sesiapa sahaja yang mendengarnya berasa sayu dan terharu.



Dalam luahan itu, Mamat mendedahkan beliau sudah lama memaafkan Jep dan Shuib atas apa yang berlaku sebelum ini malah menjelaskan tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadap mereka berdua.

Sebaliknya beliau hanya ingin mereka mengetahui betapa sayangnya dirinya kepada kedua-dua bekas ahli kumpulan itu dan bagaimana mereka sering didahulukan dalam apa-apa perkara dalam kehidupannya sebelum ini.

“Cuma saya nak mereka tahu satu hari nanti apa erti persahabatan dan kau tahu betapa aku sayang kepada kalian.

“Sebab kamu berdua ini aku letak ke depan, walaupun aku pernah ada kumpulan lain, kamu aku letakkan ke depan dan bagi aku betul-betul kamu berdua sudah tiada dosa dengan aku.



“Jangan suatu hari nanti kau mati dan cakap dengan bini kau aku ada dosa dengan Mamat, aku nak kalian berdua tahu hari ini kamu tiada dosa dengan aku

“Dengan apa yang terjadi, walau kalian pernah menghancurkan nama aku satu hari dulu, aku nak bila kalian mati nanti cakap dengan bini kau tidak perlu minta maaf dengan Mamat sebab mamat dah bagitahu awal (maafkan) dulu sepuluh tahun yang lepas,” luah Mamat.

Selain meluahkan apa yang dipendamnya selama ini, Mamat juga mengimbas kembali keakraban mereka suatu ketika dahulu terutamanya dengan Jep.

Malah, dia menjelaskan Jep merupakan satu-satunya rakan yang tidak akan dimarahi ibunya jika datang ke rumahnya dan bagaimana beliau pernah berjanji untuk berada di sebelah liang lahad sahabatnya itu jika sahabatnya meninggal dunia kelak. Vocket



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker