Selepas tak jadi PM, Mahathir mahu berjuang untuk Kashmir

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mahu menggunakan masanya untuk berjuang mempertahankan Kashmir selepas beliau tidak lagi menerajui Putrajaya.

Katanya, ketika menjadi perdana menteri beliau tersekat untuk melakukan perkara itu termasuk mendapat ancaman oleh pihak tertentu seperti India yang akhirnya mengancam memboikot minyak sawit Malaysia.

“Sekarang saya tidak lagi menjadi perdana menteri, saya berpendapat saya sekarang boleh bercakap tanpa sekatan dalam menangani isu Kashmir, tanpa ancaman, boikot dan sebagainya.

“Mereka yang membuat ancaman ini merasakan bahawa sebagai perdana menteri Malaysia ketika itu, saya seharusnya lebih diplomatik dalam ucapan saya dan mereka telah menyalahertikan kata-kata saya,” katanya ketika berucap pada majlis solidariti untuk Kashmir hari ini.



Mahathir berkata, beliau memilih untuk bersuara mengenai perkara itu walaupun menyedari kemungkinan akan ada reaksi balas daripada pihak tertentu.

Katanya, berdiam diri bukan pilihan yang baik dalam isu berkenaan sebaliknya mempertahankan Kashmir sebagai sebuah negara kecil adalah lebih penting.

Menurutnya, disebabkan itu ucapan beliau pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) September tahun lalu dianggap ringan oleh pihak tertentu.

“Saya tidak meminta maaf atas apa yang saya katakan dan ia telah mempengaruhi eksport minyak sawit kita ke India.



“Saya tidak tahu apakah itu harga yang tinggi untuk membayar bagi menentang ketidakadilan tersebut,” katanya.

Mahathir, dalam ucapannya pada perhimpunan ke-74 itu di New York pada 28 Sep 2019, mengatakan “walaupun ada resolusi PBB mengenai Kashmir dan Jammu, negara itu telah diceroboh dan dijajah”.

Beliau juga meminta India “bekerjasama dengan Pakistan untuk menyelesaikan masalah”.

Ucapannya menimbulkan reaksi balas dalam talian dengan pengguna media sosial India meminta Malaysia diboikot.



Mahathir bagaimanapun tetap mempertahankan pendiriannya. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker