SPRM: Lim bukan pemimpin politik pertama kena tangkap

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki hari ini mempertahankan keputusan pegawainya menangkap dan menahan semalaman Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di lokap sebelum membawanya ke mahkamah.

Mengulas kritikan susulan penangkapan Lim, Azam berkata keputusan untuk menangkap seorang suspek bergantung pada budi bicara pegawai penyiasat, dan diperuntukkan di bawah undang-undang.

Jelasnya lagi, Lim juga bukanlah ahli politik terkemuka pertama yang ditangkap dan ditahan semalam oleh agensi tersebut.

“Dan untuk kes LGE, untuk pengetahuan semua, pegawai penyiasat saya dan beliau telah setuju beliau datang, sepatutnya 3pm tapi menghormati beliau ada sesi parlimen, maka kita telah benarkan dia habiskan sesi parlimen dan beliau berjanji datang lepas sesi parlimen selesai.

“Jadi tak timbul masalah di mana kita macam, flight risk takda isu ini satu perkara adalah tindakan budibicara pegawai penyiasat dan kita perlu hormati lah dan sekiranya ada mana-mana pihak rasa tak puas hati, saya persilakan buat aduan di mana-mana atau bawa ke mahkamah,” katanya petang tadi. Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker