6 vaksin percubaan Covid-19 masuk fasa ke-3
Enam vaksin percubaan Covid-19, termasuk 3 dari China, kini memasuki percubaan fasa ke-3, lapor agensi berita Xinhua, memetik pegawai kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.
Tiga vaksin percubaan itu dari Sinovac, Institut Produk Biologi/Sinopharm Wuhan, dan Institut Produk Biologi/Sinopharm Beijing, kata Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO Michael Ryan pada taklimat maya.
Tiga lagi vaksin dihasilkan Universiti Oxford/AstraZeneca, Moderna/NIAID dan BioNTech/Pharma Pharma/Pfizer.
Pada fasa ke-3, buat pertama kali, vaksin akan dimasukkan ke dalam populasi umum, sebelum menumpukan kepada ciri keselamatan, keimunogenan, dan tindak balas imun pada sebilangan kecil manusia.
Ujian fasa ke-3 akan menguji sama ada vaksin dapat “melindungi sejumlah besar orang dalam jangka masa panjang.”
Namun, “tidak bermaksud fasa ke-3 ini vaksin sudah hampir tersedia,” katanya, kerana “tiada jaminan mana-mana daripada 6 vaksin percubaan itu akan memberi kita jawapan.”
Secara keseluruhan, 165 vaksin percubaan sudah melalui beberapa ujian dan 26 daripadanya ujian klinikal, menurut WHO. FMT
You must be logged in to post a comment.