Mahkamah benarkan permohonan Muhyiddin batalkan saman Dr M

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan tiga pihak lagi untuk membatalkan saman oleh Dr Mahathir Mohamad dan empat yang lain.

Ia berkaitan saman yang difailkan Mahathir dan empat plaintif atas tuduhan pemecatan mereka yang salah.

Empat plaintif tersebut ialah Mukhriz Mahathir, Marzuki Yahya, Dr Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah.

Hakim Rohani Ismail hari ini berkata, plaintif tiada locus standi untuk memfailkan saman itu atas dasar penyingkiran mereka daripada parti telah disahkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada 4 Jun.

Dia juga berkata Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 menyatakan sebarang keputusan parti tidak boleh dicabar di mahkamah. Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker