Perbicaraan kes 3 beranak serang Papagomo di Sabah ditetapkan 26 Okt

Perbicaraan kes seorang ahli perniagaan bersama 2 anaknya yang didakwa merusuh kerana menyerang Exco Pemuda Umno, Muhammad Azri Wan Deris, lebih dikenali sebagai Papagomo, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) awal tahun ini akan diadakan Oktober ini.

Majistret Afiq Agoes dalam pengurusan kes pra-perbicaraan hari ini, menetapkan 26 Okt ini sebagai tarikh perbicaraan.

Pada 19 Jan lalu, Papagomo dikepung sekumpulan lelaki yang melakukan provokasi terhadapnya di KKIA dan ia dikaitkan dengan tindakannya mengoyak gambar Ketua Menteri, Shafie Apdal dalam kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis 2 hari sebelumnya.

Pada 16 Julai lalu, Datu Akjan Ali Muhammad, 62, bersama 2 anaknya, Mahathir dan Mohd Ghazali Hanif mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.



Tiga beranak itu didakwa melakukan kesalahan itu bersama 2 lagi yang masih bebas di depan kaunter Malindo Air pada 7.45 malam 19 Jan lalu.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 7 tahun dan oleh disebat. FMT

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker