Cara mudah buat sendiri kod QR MySejahtera untuk premis anda

Ekoran daripada pandemik Covid-19 ketika ini, penggunaan aplikasi MySejahtera dapat memudahkan pengesanan kontak rapat di premis-premis seluruh negara.

Penggunaan aplikasi ini juga akan diwajibkan di semua premis seluruh negara, melalui Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Apa itu MySejahtera check-in?

Kebanyakan premis perniagaan macam AEON Mall pun sudah pakai apps ini. Jika anda hendak buat untuk sekolah, pejabat, atau kenduri kahwin pun bagus.



Bagi yang belum tahu, MySejahtera Check-In adalah satu fungsi tambahan dalam aplikasi MySejahtera di mana ia memberi kebenaran kepada semua jenis premis untuk mengikuti SOP Pembukaan Semula Ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia dalam keadaan wabak Covid-19 di Malaysia.

Pendaftaran MySejahtera Check-In adalah untuk perniagaan, premis, pengangkutan awam dan lain-lain, bagi mendapat dan memaparkan Kod QR MySejahtera.

Pengguna MySejahtera pula boleh menggunakan Pengimbas Kod QR MySejahtera yang terkandung dalam aplikasi tersebut untuk mengimbas Kod QR yang dipaparkan.

Jika anda masih menggunakan buku log bagi merekodkan nama dan butiran pelanggan, ini adalah cara mudah bagi menghasilkan sendiri kod QR MySejahtera untuk premis anda.



1. Pergi ke laman web MySejahtera

Mula-mula pergi ke laman web MySejahtera di pautan: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/

Nanti akan keluar paparan macam dekat bawah ini.

Lepas tu klik dekat “Register MySejahtera Check-In” atau “Daftar MySejahtera Check In”.



2. Sign up

Seterusnya kita cuma perlu masukkan nombor telefon.

Nanti kod OTP akan dihantar pada nombor telefon yang kita masukkan.

Bila dah terima SMS, masukkan kod OTP untuk sahkan nombor telefon tadi.



3. Isikan maklumat premis

Langkah berikutnya masukkan pula maklumat premis yang hendak didaftarkan.

Guna alamat rumah pun boleh kalau hendak buat majlis kecil-kecilan.

Contohnya kalau saya nak buat kenduri kahwin kan, saya bubuh “Business Name” sebagai “Majlis Perkahwinan Siti & Zul”.



Dah siap isi tekan butang “Submit”.

4. Print

Dah siap bolehlah print. Tekan sahaja butang “Print” dekat bawah tu.

Anda juga boleh pilih option “Email me” atau “Download” untuk simpan dulu QR Code yang sudah di generate oleh MySejahtera Apps ini.



Selamat mencuba!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker