Mahathir buka akaun TikTok
Bermula sebagai platform yang menampilkan perkongsian video challenge dan tarian berserta latar belakang muzik, TikTok kini telah berkembang menjadi salah satu aplikasi media sosial yang popular dalam kalangan pengguna Internet.
Walaupun trend penggunaan aplikasi tersebut pada awalnya dilihat lebih popular dalam golongan muda-mudi, namun kini ia dilihat bukan sahaja terhad kepada mereka malah turut disertai golongan dewasa dan yang lebih berusia.
Video pendek Tun M bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah itu sehingga kini sudah pun merekodkan lebih 200,000 tontonan dan meraih lebih 40,000 sukaan walaupun baru dimuat naik dua jam yang lalu.
Tun M bagaimanapun bukanlah ahli politik pertama di Malaysia yang menyertai gelombang TikTok apabila ahli parlimen dan bekas Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq sebelum ini juga turut mempunyai akaun TikTok nya yang tersendiri.
Buktinya, bekas perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berusia 95 tahun juga telah ‘terjebak’ dengan kegilaan aplikasi tersebut apabila beliau kini juga mempunyai akaunnya yang tersendiri di platform tersebut.
Walaupun akaun yang menggunakan nama chedetofficial itu baru sahaja mempunyai 10,700 pengikut namun akaun tersebut telah disahkan sebagai akaun rasmi Tun Mahathir apabila mempunyai lambang verified di sebelah namanya.
Menyertakan bio yang tertulis Still young (masih muda), akaun TikTok milik bekas perdana menteri Malaysia keempat dan ketujuh itu sudah pun mencatatkan lebih 30,000 likes walaupun baru hanya memuat naik sekeping video.
Jika anda masih ragu-ragu tentang penyertaan Tun M dalam scene TikTok apa kata anda tonton sendiri video yang baru sahaja dimuat naik di akaunnya beberapa jam yang lalu. Vocket
You must be logged in to post a comment.