Gara-Gara Betulkan Fakta, Twitter Rasmi KKM Bertindak ‘Block’ Akaun Lelaki Ini

Mungkin ramai yang sedar, sejak pandemik COVID-19 mulai menular, Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu @KKMPutrajaya antara yang menjadi rujukan ramai dalam mengetahui jumlah kes harian wabak COVID-19.

Selain daripada berkongsi jumlah kes harian, laman Twitter ini turut mengongsikan informasi serta saranan buat rakyat Malaysia dalam usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Di sebalik perkongsian informasi daripada laman rasmi kerajaan ini, timbul sebuah isu baru-baru ini apabila seorang lelaki yang dikenali sebagai Azhar Ibrahim meluahkan perasaan terkilan selepas beliau telah disekat oleh admin Twitter rasmi @KKMPutrajaya.

Lebih ironi, sekatan yang dikenakan berpunca kerana beliau mahu memperbetulkan informasi yang kurang tepat daripada Twitter KKM kerana tidak mahu maklumat yang salah disampaikan kepada rakyat Malaysia. Beliau turut meluahkan rasa tidak puas hati terdapat sikap admin Twitter @KKMPutrajaya yang menyekat pengguna mengikut kehendak sendiri.

Menerusi perkongsian, beliau telah disekat oleh akaun rasmi @KKMPutrajaya selepas memberi teguran kepada salah satu tweet yang dimuat naik mengenai nisbah doktor kepada setiap penduduk.

Menerusi akaun rasmi @KKMPutrajaya, Dr. Adham Baba menyatakan nisbah seorang doktor bagi setiap penduduk di Malaysia iailah 1:454 yang secara tidak langsung lebib baik daripada saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 1:500.

Nisbah seorang doktor bagi setiap penduduk di negara ini ialah 1: 454 iaitu lebih baik berbanding nisbah 1: 500 yang disarankan WHO. – Menteri Kesihatan @DrAdhamBaba

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) August 4, 2020

Kenyataan yang dimuat naik sebaliknya bertentangan informasi sebenar yang dikeluarkan WHO dimana negara membangun memerlukan nisbah 1:400 dan bukannya 1:500.

Difahamkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) sememangnya mempunyai rancangan untuk mencapai sasaran nisbah doktor kepada populasi rakyat dengan indikator 1:400. Vocket

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker