Aidiladha: Moga kita dikurniakan kekuatan pertahan agama tercinta
ALLAHUAKBAR. Allahuakbar. Allahuakbar.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T di atas kurniaan kesihatan dan kesejahteraan yang diberikan walaupun kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai ujian termasuk wabak COVID-19 yang melanda negara yang menyebabkan kebejatan ekonomi.
Syukur alhamdulillah juga kerana negara masih lagi menikmati keamanan dan majoriti rakyat Malaysia masih lagi menikmati kehidupan yang baik.
Segala kejayaan yang kita nikmati hari ini tidak akan dapat dicapai tanpa pengorbanan kerana Allah akan menguji keikhlasan kita dalam berjuang. Inilah iktibar yang besar yang perlu dihayati dari peristiwa Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.
Pengorbanannya itu tidak ada tolok bandingnya, pengorbanan itu semata-mata demi mematuhi perintah Allah yang Maha Esa.
Maka, kita perlu berkorban dengan menolak segala kepentingan peribadi tetapi hanya demi mencari keredhaanNya.
Pemimpin yang sebenar ialah pemimpin yang sentiasa berkorban demi mencari keredaan Allah. Mereka ini sentiasa membuktikan pengorbanan dan perjuangan mereka dengan amalan dan tindakan, bukan sekadar percakapan semata-mata.
Bersempena Hari Raya Aidiladha ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam terutamanya yang berada di Malaysia. Semoga Allah sentiasa memperteguhkan semangat kita serta memberikan kekuatan untuk terus berkorban untuk agama yang tercinta. InsyaAllah.
Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
AFIFAH NASIR SAMBUT BIRTHDAY BERSAMA KEKASIH HANDSOME – NETIZEN PERTIKAI MINUMAN ‘CHAMPAGNE’?