Penyerang Real Madrid positif COVID-19

Penyerang Real Madrid Mariano disahkan positif COVID-19, umum juara La Liga itu.

“Selepas ujian COVID-19 dijalankan semalam ke atas pemain-pemain skuad utama oleh Perkhidmatan Perubatan Real Madrid, pemain kami Mariano, didapati positif.

“Pemain itu berada pada tahap kesihatan yang sempurna dan sedang mematuhi protokol pengasingan di rumah,” kata Real dalam satu kenyataan.

Mariano tidak menyertai skuad Real ketika pemain-pemain kembali untuk persiapan pertemuan 16 terakhir Liga Juara-Juara di Manchester City pada 7 Ogos.



Pemain 26 tahun itu belum diturunkan dalam kejohanan berkenaan musim ini.

Mariano, permain Republik Dominica yang kembali ke Real pada tahun 2018 selepas musim cemerlang bersama Lyon, hanya tampil beberapa kali dalam saingan La Liga musim ini akibat persaingan sengit dan kecederaan.

Dia hanya dimasukkan lima kali sebagai pemain gantian ketika Real memenangi gelaran Sepanyol ke-34 mereka, menjaringkan satu gol ketika menentang Barcelona. – AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker