Najib Razak dan catatan keadilan 28 Julai 2020

 

Satu hari yang panjang. Datang dan berlalu pergi.

Ada seperkara yang saya tidak sangka.



Bukan, bukan keputusan penghakiman.

Apa yang saya lihat setibanya kereta saya di Masjid Wilayah pagi tadi.

Menerusi tingkat kereta pada mulanya dan ketika berjalan menuju ke mahkamah.

Saya lihat wajah anak-anak muda, dalam lingkungan 20-30an.



Saya lihat ada warga emas, pakcik-pakcik dan makcik-makcik. Ada yang bertongkat, ada yang dipapah.

Saya lihat ada golongan kurang berupaya di atas kerusi roda.

Rakan-rakan parti seperjuangan juga hadir. Dari utara, dari Pantai Timur.

Namun, kebanyakan mereka yang lain saya tidak kenal.



Mereka bukan Tan Sri, mereka bukan Datuk Seri, mereka bukan orang kenamaan.

Saya lihat rakyat dari segenap lapisan masyarakat.

Ya, saya faham mengenai kritikan pematuhan SOP Covid-19. Saya percaya mereka yang hadir juga.

Mereka semua yang hadir patuh kepada peringatan polis serta merta dan ada yang bersurai.



Saya tertanya kepada diri, kemudian kepada pegawai ketika di perkarangan.

Siapakah mereka? Mengapa mereka di sini?

“They are here for you, Sir”

Jawapan yang saya terima ini amat menyentuh hati.



Saya diberitahu ada di kalangan mereka orang kampung.

Ada di kalangan mereka pekerja kontrak.

Ada di kalangan mereka peniaga kecilan, buka warung, pengusaha kantin.

Segenap lapisan masyarakat yang menerima manfaat dan bantuan daripada dasar ketika saya Perdana Menteri dahulu.



Secara ikhlas dari hati saya, saya nak sampaikan satu mesej kepada semua.

Saya tidak dapat berjumpa, tidak dapat membalas ucapan sokongan saudara-saudari satu-satu.

Maafkan saya.

Izinkan saya sampaikan penghargaan di sini.

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Terima kasih tidak terhingga.

Tidak saya sangka. Saya ada ‘aset’ yang begitu bernilai dalam saudara-saudari.

Persahabatan sejati.

Di hari saya sudah tidak berkuasa ini. Di hari saya sudah tiada apa-apa.

Saya masih ada persahabatan sejati dan sokongan ikhlas rakyat.

Andalah rakan dan keluarga yang saya ada.

Ini bukan pengakhiran.

Perjalanan saya masih jauh dengan proses lanjutan di peringkat kehakiman seterusnya.

Saya mahukan keadilan.

Najib Razak

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker