Kekal keputusan beku pengeluaran lesen baharu minuman keras: IKRAM sokong DBKL

Pertubuhan Ikram Malaysia Kuala Lumpur (IKRAM Kuala Lumpur) menyokong tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengekalkan keputusannya membekukan permohonan baharu lesen minuman keras.

Yang Dipertua IKRAM Kuala Lumpur Zainal Adnan Abd Halim berkata keputusan itu dilihat bertepatan dengan kaedah fiqh Islam iaitu ‘la darar wala dirar’ yang menekankan keperluan untuk menghilang dan menghapuskan semua kemudaratan selain dapat membendung kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk.

“Daripada aspek kesihatan juga, kajian saintifik menunjukkan arak boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kronik kepada manusia manakala dari aspek sosial, ia menjadi pencetus kepada masalah emosi dan kekeluargaan,” menurutnya dalam kenyataan media hari ini.

Sebelum ini, Bernama melaporkan bahawa DBKL telah membekukan semua permohonan baharu lesen minuman keras di sekitar ibu kota susulan berlakunya beberapa nahas jalan raya membabitkan pemandu mabuk sehingga mengakibatkan kematian.



Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL memaklumkan tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti jualan minuman keras tanpa lesen.
BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker