Apa yang Dap dan Amanah menggelupur sangat, tanya Abdullah Sani

‘Apa masalah kamu’, pemimpin PKR jawab ‘penyelesaian’ DAP, Amanah

Seorang ahli majlis pimpinan pusat PKR tidak bersetuju dengan “penyelesaian” kepada kebuntuan calon perdana menteri Pakatan Harapan Plus yang dicadangkan DAP dan Amanah, mengingatkan mereka tentang persetujuan asal gabungan itu menuju pilihan raya umum ke-14.

“Apa yang menggelupur sangat ni?” kata Abdullah Sani Abdul Hamid mengulas seruan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu pada Isnin. Beliau menarik perhatian kepada mandat rakyat yang disebut-sebutkan dalam isu ini.

“Kita terus ikut mandat rakyat…bahawa selepas Mahathir Mohamad seterusnya Anwar Ibrahim.”



Sementara itu, bekas pemimpin PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor berkata kenyataan DAP dan Amanah memberi petunjuk mereka perlu calon perdana menteri selain Anwar dalam usaha mereka untuk kembali menjadi kerajaan.

“Kesediaan mereka mengangkat tokoh selain Anwar menjadi perdana menteri bukan sahaja salah kepada Anwar, lebih penting ia sikap salah kepada perjuangan reformasi yang menjadi tunjang PH,” katanya.

Pada 27 Julai lepas, Lim dan Mohamad menyeru Pakatan Harapan, Warisan, dan kumpulan Mahathir memilih Presiden Warisan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri PH Plus sekiranya Anwar gagal mendapatkan sokongan yang cukup.

“Jalan ke depan ialah dengan memberikan peluang pertama kepada Anwar dan jika beliau gagal, Shafie wajar diberikan peluang serupa,” kata mereka dalam kenyataan bersama.



Dengan hanya 109 ahli Parlimen, pembangkang ada sokongan 71 ahli Parlimen tanpa PKR, atau 91 ahli Parlimen tanpa Warisan dan kumpulan Mahathir.

Nama Shafie dicadangkan Lim dan disokong Mohamad dalam pertemuan tidak rasmi dengan Mahathir pada Jun. Mahathir bulan lepas dilapor berkata presiden PKR itu tidak layak menjadi calon perdana menteri PH Plus kerana tidak popular dalam kalangan orang Melayu.

“Tiba-tiba sahaja perkara ini timbul,” jawab Abdullah. “Apa masalah mereka? Semasa pilihan raya (2018), mereka pakai lambang parti mana? Adakah pakai lambang PPBM?” katanya.

Ezam pula berkata ahli politik yang bercakap tentang reformasi tidak boleh berkompromi dalam hal perdana menteri, mengatakan “jentera dan kerajaan reformasi” perlu dipimpin seseorang yang membawa agenda itu.



“Ia bukanlah soal Anwar, ia soal reformasi. Reformasi isu terpenting negara yang rosak ini,” katanya. FMT

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker