Amitabh Bachan lepas geram: Mereputlah kau…

Pelakon legenda Bollywood, Amitabh Bachchan, ternyata tidak dapat menahan sabar selepas berdepan dengan komen jelik yang mempersendakan nasib dia dan keluarganya dijangkiti Covid-19.

Enggan berdiam diri, Amitabh membalas kecaman netizen itu dengan selamba melalui blognya.

“Hei kamu yang tidak bernama… kamu tak letak nama bapa kamu sebab tak tahu siapa yang melahirkan kamu.

“Hanya ada dua saja perkara akan berlaku iaitu sama ada saya mati atau hidup. Jika saya mati, kamu tak dapat lagi tinggalkan komen negatif atas nama selebriti.

“Kasihan, sebab itulah alasan utama kamu menulis kerana sengaja inginkan meraih perhatian. Mereputlah kau,” tulisnya.

Kenyataan itu ditulis Amitabh apabila menantunya, Aishwarya Rai dan anak perempuan aktres terbabit, Aaradhya, dibenarkan pulang selepas dirawat untuk wabak Covid-19 selama 10 hari.

Berita tersebut ternyata mengundang emosi Amitabh, 76, yang tidak dapat menahan sebak malah aktor tersebut turut berkongsi cucunya itu meminta agar dia tidak menangis.

Kata Amitabh, cucunya itu meminta dia percaya bahawa dirinya juga akan keluar dari wad suatu hari nanti.

Terdahulu, legenda Bollywood itu dan anak lelakinya Abhishek Bachchan disahkan positif Covid-19.

Bagaimanapun, Amitabh dan anaknya itu akan terus berada di hospital Nanavati sementara Aishwarya, 45, dan Aaradhya menjalani kuarantin di rumah.

Berita gembira itu turut dikongsikan Abhishek, 44, yang juga aktor melalui Twitter.

Kata suami Aiswarya itu, hasil ujian Covid-19 dijalankan mendapati isterinya negatif selain keadaan kesihatannya kembali baik.

“Terima kasih untuk doa dan ucapan berterusan kamu. Aishwarya dan Aaradya didapati negatif daripada wabak itu dan dibenarkan keluar hospital.

“Mereka kini menjalani kuarantin di rumah,” ciapnya. Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker