Warkah dari Najib Razak…

Share

Dari sahabat kepada sahabat..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pagi ini jam 10 penghakiman kes SRC saya di Kompleks mahkamah KL.

Saya tahu apa di minda semua, apa yang ditulis, apa yang diperkatakan.


Sejak hari pertama saya telah kata.

Inilah peluang saya untuk membersihkan nama saya.

Dalam kes yang akan diputuskan esok, saya dituduh salahgunakan kuasa untuk menyokong keputusan lembaga SRC meminjam RM4 bilion dari KWAP pada tahun 2011 supaya saya boleh tunggu 4 tahun untuk menerima RM42 juta (1% dari RM4 bilion) pada akhir tahun 2014 dan seterusnya dibelanjakan sepenuhnya untuk kegiatan CSR dan politik.


Wang itu dibayar kepada saya oleh sebuah syarikat swasta yang telah dibayar oleh sebuah lagi anak syarikat SRC untuk tujuan CSR.

Walau apapun keputusannya esok di Mahkamah Tinggi, ia tidak berakhir di sini.

Sekiranya didapati tidak bersalah, sudah tentu pihak pendakwa raya akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.


Sebaliknya jika keputusan di Mahkamah Tinggi tidak memihak

kepada saya, sudah tentu saya akan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan untuk penghakiman yang adil oleh panel tiga hakim dan bukan seorang hakim seperti keputusan esok.

2 tahun yang berlalu ini bagaikan kegelapan dengan permainan politik kotor dan kekejaman PH.

Hanya dengan sinar daripada sokongan rakyat selama ini yang memberikan saya kekuatan untuk bangkit melawan dan mendorong saya terus ke hadapan.

Terima kasih saudara-saudari.

Saya tidak putus asa.

Ya, lepas ini kita ke Mahkamah Rayuan.

Saya sudah bersedia. I am ready.

Saya tidak mahu mana-mana kes saya digugurkan seperti kerajaan PH menggugurkan kes rasuah Lim Guan Eng walaupun sudah bermula prosiding di mahkamah.

Demi DAP dan Lim Guan Eng, undang-undang dan sistem kehakiman dimainkan begitu sahaja oleh PH.

Saya tidak mahu. Saya tidak mahu. Saya tidak mahu.

Saya mahukan keadilan. Saya mahu membersihkan nama saya.

Setiap manusia yang dicipta Allah akan diberi musibah, ujian atau dugaan hidup di dunia.

Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk.

Betapa sukar atau berat.

Hadapilah dengan hati yang tenang dan tidak berputus asa.

Kerana sesungguhnya Allah menyayangi kita dan akan memberkati kita.

Yang benar..

Najib Razak

Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), Allah mengetahui, siapakah orang-orang yang benar-benar beriman, dan dapat diketahuiNya, tentang siapakah orang-orang yang berdusta. (Surah Al Ankabut 29:2-3)

ARTIKEL BERKAITAN: Solidariti bersama Najib Razak

Leave a Reply