Kemboja larang sementara semua penerbangan dari Malaysia dan Indonesia

BERKUAT kuasa 1 Ogos 2020 Kemboja melarang sementara semua penerbangan dari Malaysia dan Indonesia bagi mengekang penularan COVID-19.

Menurut laporan portal The Cambodia Daily, kementerian kesihatan negara itu menjelaskan, tindakan terbabit terpaksa diambil selepas peningkatan semula angka jangkitan kes import sejak beberapa minggu kebelakangan, terutama dari dua negara tersebut.

Dalam kalangan 108 penumpang yang diuji positif COVID-19 selepas tiba di Kemboja dari Malaysia dan Indonesia, 55 orang daripada mereka didapati menggunakan khidmat penerbangan dari Malaysia.

Laporan itu juga menyebut, pengumuman mengenai perkara itu dibuat pada hari sama selepas Kemboja mengesahkan lapan lagi kes COVID-19 membabitkan penumpang dalam dua penerbangan berasingan dari Indonesia.



Setiausaha Kementerian Kesihatan memaklumkan, Kemboja merekodkan 23 kes import, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara itu meningkat kepada 225 kes.

Setakat ini negara Asia Tenggara itu merekodkan jumlah keseluruhan 225 kes, dengan 143 pesakit pulih dan 82 orang masih dirawat di hospital. Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker